Entry: Resepi mudah untuk breakfast Wednesday, January 28, 2004



American Breakfast

2 batang sausage
2 biji telur
2 keping roti
2 sudu besar baked beans
1 helai lettuce
Chili sauce, ketchup

Cara:
1. Rebus sausage hingga masak
2. Pukul sikit telur. Panaskan butter. Kacau telur dengan garfu. Ni utk buat scrambled egg.
3. Bakar roti dalam toaster. Siap, sapukan sedikit butter.
4. Bila siap semua, ambil pinggan dan susun semua lawa-lawa.
5. Lettuce tak makan pun takpe. Itu untuk ambik hati Mama. She'll think that u eat your vege. Kalau nak bodek lebih, slice sebiji tomato sekali.

*** Ni resepi anak sulong saya, Ridzwan Amir Rosli. Kalau dia yang siapkan breakfast untuk adik-adik, mereka kena makan ni la. Bukan utk breakfast saje. Lunch dan dinner juga !

French Toast Hafiz's style

2 keping roti
1 biji telur, dipukul sedikit
sedikit jam
sedikit butter
raisins if u like

Cara:
1. Potong roti jadi segitiga
2. Sapu butter dan jam. Letak sedikit raisins. Sandwichkan roti tu
3. Panaskan kwali tosei dan letak sedikit margarine
4. Celupkan sandwich tadi dalam telur dan bakar atas kwali tosei
5. Balikkan bila satu side dah kuning
6. Masuk dalam pinggan dan makan

*** Resepi Ridzwan Hafidz Rosli. Paling senang buat. Kami belajar dari Chef Kamaruzaman masa dia kerja di AKCR dulu.

   1 comments

Tok Rimau
January 29, 2004   09:25 AM PST
 
Tok pilih danau.com atau kelada.com sebagai singkatan Kem Lambaian Danau. Di Johor ada kem PULADA. Pusat Latihan Darat agaknya. KL pulak ada PULAPOL=piusat latihan polis.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments