Entry: Tomyam Campur Tuesday, January 27, 2004



2 mangkuk lauk air rebusan tulang ayam
2 cawan campuran udang, isi ayam dan sotong, kalau nak lauk lebih, boleh tambah
1 batang celery dihiris
6 biji tomato thai (warnanya merah dan bujur)
4 batang serai diketuk
cili padi thai (ikut suka - nak pedas, letak lebih)
2 helai daun limau purut
kicap sotong, gula pasir dan perahan limau nipis ikut rasa

Cara:
1. Masukkan air rebusan serta udang, sotong, isi ayam dan biar hingga separuh masak
2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris. Tekan-tekan tomato biar hancur.
3. Bila dah masak, masukkan celery dan daun limau purut. Padamkan api.
4. Dalam mangkuk hidangan masukkan gula, kicap sotong dan perahan limau nipis. Masukkan tomyam yang sudah siap tadi.  Adjust rasa. Boleh dihidangkan.

*** Resepi ni saya belajar dari 'Be He', tukang masak siam yang berasal dari Narathiwat. Tomyam dia memang power. Petuanya gula, kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api.

   7 comments

ZAKIAH
July 25, 2010   07:09 PM PDT
 
gantikan air rebusan ayam dgn air basuhan beras pun sedap juga..air basuhan ke2 baru bersih sikt..
Hassan
May 5, 2006   07:43 PM PDT
 
Kalau tak nak letak kicap sotong tu, taruk fish sauce pun boleh.
zul
October 22, 2005   01:17 PM PDT
 
Apa itu kicap sotong ?
toon tomyam seafood
November 19, 2004   07:09 PM PST
 
tomyam kalau ikut selera utara yg asli. resepi utara thailand (chiang mai,pranakhong,bangkok) tidak gunakan gula langsung,rasanya pedas dengan aroma adunannya finishing dengan minyak bawang putih, jus limau nipis,daun limau purut dan daun ketumbar. resepi selatan thai terikut dengan masakan kelantan yng manis. org kita tak tahu mana yang betul asli rasanya. begitu juga masak lemak cili api,negeri mana yang mempopularkannya. asam pedas sudah tentu dari melaka bukan dari kelantan.
cikbawang
September 5, 2004   04:54 PM PDT
 
tumpang tanya: memang tak gune garam, bawang dan cili merah. ke?
kalau tumis bawang dulu tak best ker?
Kak G
February 2, 2004   07:40 PM PST
 
'Nampla' kalau ikut bahse siam. Dia dalam botol, kat label botol ada gambar sotong. Rupa dia macam kicap cair masin :)
iinaz
January 30, 2004   11:15 PM PST
 
err tumpang tanya, kicap sotong tuh apa? ker kicap dan sotong? saya tak penah dengar ler istilah kicap sotong :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments