Tuesday, January 27, 2004
Ayam Madu BBQ

1 ekor ayam potong 12
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit madu
1/2 cawan kicap manis  kipas udang
sedikit worchestershire sauce
3 biji limau kasturi

1. Bersihkan ayam, cuci dan toskan.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia dengan kicap
3. Gaulkan bahan yang diblend dengan ayam, madu dan perahan air limau kasturi
4. Biarkan sekurang-kurangnya 3 jam
5. Dah boleh BBQ. Sedap kalau serve dengan buttered rice.

*** Ni belajar dengan Chef Ibrahim. Madu dan limau akan membuatkan ayam tu 'merah' bila masak.


Posted at 06:13 pm by ogy
Make a comment

Tomyam Campur

2 mangkuk lauk air rebusan tulang ayam
2 cawan campuran udang, isi ayam dan sotong, kalau nak lauk lebih, boleh tambah
1 batang celery dihiris
6 biji tomato thai (warnanya merah dan bujur)
4 batang serai diketuk
cili padi thai (ikut suka - nak pedas, letak lebih)
2 helai daun limau purut
kicap sotong, gula pasir dan perahan limau nipis ikut rasa

Cara:
1. Masukkan air rebusan serta udang, sotong, isi ayam dan biar hingga separuh masak
2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris. Tekan-tekan tomato biar hancur.
3. Bila dah masak, masukkan celery dan daun limau purut. Padamkan api.
4. Dalam mangkuk hidangan masukkan gula, kicap sotong dan perahan limau nipis. Masukkan tomyam yang sudah siap tadi.  Adjust rasa. Boleh dihidangkan.

*** Resepi ni saya belajar dari 'Be He', tukang masak siam yang berasal dari Narathiwat. Tomyam dia memang power. Petuanya gula, kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api.


Posted at 04:45 pm by ogy
Comments (4)

Butter Cake

1 buku butter
1 gelas gula castor
6 biji telur A
2 gelas self raising flour, diayak 2 kali
3 sudu besar fresh milk
sedikit esen vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji, sebiji sambil pukul
3. Bila adunan sudah cukup kembang, masukkan tepung
4. Masukkan fresh milk dan vanilla
5. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 jam, 180c

*** Ini adalah resepi yang Mak ajar, saya mula membuatnya sewaktu umur 12 tahun. Boleh juga divariasikan jadi Kek Ceri (letak ceri), Kek Buah (letak buah-buahan kering), Kek Marble (bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak warna coklat dan merah. Satu bahagian biarkan tanpa letak apa-apa warna. Letak satu senduk adunan, diselangseli dengan berbagai warna)


Posted at 04:40 pm by ogy
Make a comment

Previous Page





Semua resepi di sini telah dicuba di dapur Ogy.




Resepi-resepi adalah sumbangan/diajar oleh :
Ibu saya : Hajah Khadijah Haji Saat

Rozida Mohd. Ramli (adik kesayangan saya),
Chef Ibrahim,
Haji Ibrahim (tukang masak Kem),
Dr. Rosaida dan Dr. Rozaina (sepupu-sepupu saya),
Hajah Maimunah Talib (mak angkat saya),
Hajah Asmah Haji Said (arwah nenda saya),
Hajah Asmah (arwah Tokcik saya)

ambik dari majalah, suratkhabar
belajar dari tukang masak hotel masa kerja kat hotel dulu

rekaan saya

selamat mencuba !



<< July 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed