Tuesday, February 03, 2004
Biskut-Biskut

Biskut Oat

1 tin oat (tin 800 gm)
1 tin minyak sapi (tin 500 gm)
1 tin gula halus (guna tin minyak sapi 500 gm)
2 tin minyak sapi tepung gandum (guna tin minyak sapi 500 gm)
Hirisan badam
Kuning telur untuk sapu atas biskut

Cara:
1. Blend oat hingga halus
2. Pukul minyak sapi dengan gula hingga kembang
3. Masukkan tepung dan oat yg telah digaul rata.
4. Gaulkan adunan
5. Canaikan adunan, potong dengan pemotong biskut dan sapu kuning         telur
6. Hiasakan dengan badam hiris
7. Bakar hingga masak

*** Resepi Sayang dan Manja.


Biskut Cornflake

1 box cornflakes (guna Kelloggs)
2 biji telur
250 gm butter
180 gm gula halus
300 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah untuk hiasan

Cara:
1. Ayak tepung dengan baking powder
2. Hancurkan cornflakes
3. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan         pukul lagi. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung dan cornflakes.
5. Guna sudu teh dan bentuk kuih. (Sudu-sudukan saje)
6. Hias dengan ceri
7. Bakar hingga masak.

***Resepi Mak. My favourite Raya cookies. Senang buat. Rupa tak cantik tapi rasa sedap !


Biskut Nestum

4 cawan nestum
1   cawan gula halus
1 cawan kacang tanah, goreng dan tumbuk
1 cawan tepung gandum
  sudu teh baking powder
6 sudu besar margarine
4 kuning telur

Cara:
1. Pukul marjarin dan gula
2. Masukkan kuning telur. Pukul lagi
3. Masukkan  tepung yg telah diayak dengan baking powder, nestum         dan kacang tumbuk.
4. Gaul rata. Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga masak.

*** Resepi Mak jugak. Nan suka biskut ni :


Biskut Badam (resepi Ida)

1 kg tepung gandum
500 gm almond flakes (hirisan badam)
400 gm gula ising
500 gm minyak jagung

Cara:
1. Masak almond flakes dlm oven sekejap hingga kuning
2. Ayak tepung dan gula ising
3. Masukkan minyak dalam campuran tepung sedikit, sedikit  dan gaul rata
4. Masukkan hirisan badam
5. Ambil sebahagian adunan dan bentukkan macam sausage panjang. Potong-potong. Bakar hingga masak.

*** Resepi ni, Ida ambik dari mana tah. Dia tak penah buat, saya yang buat. Sedap jugak dan senang buat !

PERHATIAN
Bakar biskut dalam api 180 darjah (tak tahu nak type symbol darjah !) unless resepi tu ada bagitau kena bakar dalam api yang macam mana.


Posted at 02:42 pm by ogy
Make a comment

Wednesday, January 28, 2004
Resepi mudah untuk breakfast

American Breakfast

2 batang sausage
2 biji telur
2 keping roti
2 sudu besar baked beans
1 helai lettuce
Chili sauce, ketchup

Cara:
1. Rebus sausage hingga masak
2. Pukul sikit telur. Panaskan butter. Kacau telur dengan garfu. Ni utk buat scrambled egg.
3. Bakar roti dalam toaster. Siap, sapukan sedikit butter.
4. Bila siap semua, ambil pinggan dan susun semua lawa-lawa.
5. Lettuce tak makan pun takpe. Itu untuk ambik hati Mama. She'll think that u eat your vege. Kalau nak bodek lebih, slice sebiji tomato sekali.

*** Ni resepi anak sulong saya, Ridzwan Amir Rosli. Kalau dia yang siapkan breakfast untuk adik-adik, mereka kena makan ni la. Bukan utk breakfast saje. Lunch dan dinner juga !

French Toast Hafiz's style

2 keping roti
1 biji telur, dipukul sedikit
sedikit jam
sedikit butter
raisins if u like

Cara:
1. Potong roti jadi segitiga
2. Sapu butter dan jam. Letak sedikit raisins. Sandwichkan roti tu
3. Panaskan kwali tosei dan letak sedikit margarine
4. Celupkan sandwich tadi dalam telur dan bakar atas kwali tosei
5. Balikkan bila satu side dah kuning
6. Masuk dalam pinggan dan makan

*** Resepi Ridzwan Hafidz Rosli. Paling senang buat. Kami belajar dari Chef Kamaruzaman masa dia kerja di AKCR dulu.


Posted at 04:13 pm by ogy
Make a comment

Nasi Lemak dan Sambal Tumis Udang

Nasi Lemak
2 cawan beras siam wangi
2 cawan santan cair atau susu rendah lemak + air
sedikit garam
sehelai daun pandan disimpul

Cara :
1. Basuh beras dan rendam sekurang-kurangnya 4 jam
2. Didihkan santan / susu cair dalam periuk nasi elektrik. Masukkan garam
3. Bila mendidih, masukkan beras yang telah ditoskan airnya
4. Hampir kering baru masukkan daun pandan

Sambal Tumis Udang
1 cawan cili kering diblend
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
2 cawan udang yang telah dikupas kulit
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air asam jawa + 1/2 cawan air, bancuhkan
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah diblend
3. Bila wangi, masukkan cili blend
4. Kacau hingga naik minyak (berketul-ketul)
5. Masukkan isi udang, air asam jawa, garam dan gula
6. Adjust rasa, bila masak tutupkan api

*** Hidangkan nasi lemak, bersama sambal, telur rebus, ikan bilis goreng, timun dan kangkung rebus. Untuk kangkung rebus yang hijau - rebus air bersama beberapa titik minyak dan sedikit gula. Bila aair mendidih baru masukkan kangkung. Selamat bersarapan !


 


Posted at 04:03 pm by ogy
Make a comment

Next Page





Semua resepi di sini telah dicuba di dapur Ogy.




Resepi-resepi adalah sumbangan/diajar oleh :
Ibu saya : Hajah Khadijah Haji Saat

Rozida Mohd. Ramli (adik kesayangan saya),
Chef Ibrahim,
Haji Ibrahim (tukang masak Kem),
Dr. Rosaida dan Dr. Rozaina (sepupu-sepupu saya),
Hajah Maimunah Talib (mak angkat saya),
Hajah Asmah Haji Said (arwah nenda saya),
Hajah Asmah (arwah Tokcik saya)

ambik dari majalah, suratkhabar
belajar dari tukang masak hotel masa kerja kat hotel dulu

rekaan saya

selamat mencuba !



<< August 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed